Cuaca tidak menentu punca bekalan ikan kurang di Kedah

November 29, 2012
By

gambar hiasan

ALOR SETAR – Kekurangan bekalan ikan di Kedah sejak kebelakangan disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu yang menyukarkan nelayan untuk turun ke laut, kata Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kedah, Mohamad Noor Had.

Namun katanya kekurangan tidak berlaku setiap hari.

“Ia hanya berlaku dalam dua atau tiga hari seminggu dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga Januari ini, kerana perubahan monsun,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata bukan hanya bekalan ikan dari nelayan tempatan yang berkurangan malah yang diimport juga.

Mohamad Noor meminta peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ikan sementara pengguna disaran bijak mencari alternatif kepada ikan.
  
“Jika rasa harga ikan terlalu tinggi dan tidak munasabah, jangan beli ikan, beli sumber protein lain. Kita hanya boleh buat pemantauan sahaja kerana harga ikan bukan harga kawalan,” katanya.

Seorang pelanggan di jeti Seberang Kota Kuala Kedah, Haron Ismail, 56, berkata dia terpaksa menunggu hampir dua jam untuk mendapat ikan yang selalunya banyak didaratkan di jeti tersebut.

“Pada mulanya saya merancang untuk beli lima kilo ikan namun saya terpaksa akur apabila hanya memperoleh dua kilo sahaja,” katanya.

Kekurangan bekalan menyebabkan harga ikan kembong misalnya melonjak kepada RM6 sekilo di sini berbanding RM3 sebelum ini.- Bernama

 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Darulaman.My page

Mai Chek Oi Mai Chek Mai

Lagu Bola Kedah Rock!!

Blog Busuk

Stat blog

Uniq Visit 361958
Page Visit 24716