Gadis 14 tahun buang janin dalam mangkuk tandas

September 12, 2012
By

KEDAH – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai menggugurkan kandungannya berusia empat bulan dalam tandas sekolah ketika sesi pembelajaran sebelah petang.

Menurut sumber, pelajar perempuan lain yang menggunakan tandas itu terkejut apabila ternampak lantai tandas dipenuhi darah dan memaklumkan kepada guru.

Kejadian itu kemudiannya dilaporkan kepada pengetua sekolah sebelum menahan pelajar terlibat.

“Tukang kebun yang diarah mencuci darah di tandas berkenaan turut menemui ketulan daging yang dibungkus dengan surat khabar sebelum dibuang ke dalam tandas,” kata sumber berkenaan.

Sinar Harian cuba mendapatkan kepastian dari guru di sekolah terlibat bagaimanapun mereka menafikan kejadian itu.

Beberapa pelajar sekolah ketika ditemui menyatakan kejadian pelajar tingkatan dua itu kemungkinan benar.

“Kami dengar-dengar macam tu saja, tak ada sumber sahih perkara itu.

“Cikgu pun tak ada cakap mengenai kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini, polis belum menerima sebarang laporan dibuat mangsa atau warisnya termasuk pihak sekolah yang dimaksudkannya, namun polis akan menyiasat kes ini.

Katanya, menjadi satu kesalahan sekiranya ada mana-mana pihak bersubahat melindungi atau enggan melaporkan kejadian itu kepada polis.

“Polis akan menyiasat kes ini kerana ia merupakan satu perlakuan jenayah.

“Saya ingin menegaskan kes pengguguran secara haram dan melibatkan pelajar sekolah merupakan satu kesalahan serius dan ia menyalahi undang-undang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan kepada sesiapa yang mengetahui kejadian ini supaya tampil untuk membuat laporan polis.

“Jangan bersubahat dan melindungi kejadian atau perlakuan jenayah seperti ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Darulaman.My page

Mai Chek Oi Mai Chek Mai

Lagu Bola Kedah Rock!!

Blog Busuk

Stat blog

Uniq Visit 362845
Page Visit 24731